Total Pageviews

Monday, May 14, 2012

WHY DO WE NEED TO TAKE VITAMINS AND SUPPLEMENTS?

Salam ceria selalu!

Apa khabar semua?Sihat2 aje dan HEBAT mudah2an.

Ya...topik kita kali ini PANASS!!Anda sedia maklum dlm posting yg lepas kita membicarakan pentingnya makan suplemen especially "zaman sekarang".Apa bezanya dgn "orang dulu" yg tak mkn vitamin tapi sihat2 belaka?Kenapa pula orang zaman sekarang perlu mkn suplemen?

Nah...memang org dulu tak mkn vitamin hidup lama ; org skrg kena mkn vitamin...INGAT DULU LAIN,SEKARANG LAIN..


  • Dulu org kerja kuat,banting tulang empat kerat  ; Sekarang org kerja duduk pejabat hawa dingin!
  • Dulu org mkn byk sayur2an dan buah (high fiber) ; sekrg byk daging dan lemak.
  • Dulu org hidup dlm persekitaran yg segar dan bersih ; sekrg penuh polusi.
  • Dulu org mkn sikit ; sekrg "hidup untuk mkn"!..(maaf klu terkasar bahasa)
  • Dulu byk minum air ; sekrg byk air manis especially "cafeinated and carbonated drinks"
  • Dulu org relaks ; sekrg cara hidup sentiasa "tension"(Type A)
DULU LAIN SEKARANG LAIN!

Malahan ada beberapa kajian di US dan UK yg mengesahkan pentingnya pemakanan SUPLEMEN dan VITAMIN pada zaman sekarang.Bahkan orang yg sihat pun tak terkecuali dlm hal ini!

Maka,marilah kita sama2 mengamalkan cara hidup sihat dgn pemakanan suplemen/vitamin yg bersesuaian.

Ok..sebelum saya terlupa,bagi mereka yg ingin mendapatkan "ilmu dan maklumat lanjut" dlm bahasa Inggeris serta banyak lagi FREE INFO and TOOLS  bolehlah





Sebagai penutup,saya cantumkan satu video yg amat menarik khas utk anda semua...saksikan!



Salam mesra,

Dr Muhammad


Wednesday, April 25, 2012

BENEFITS OF SUPPLEMENTS

Salam ceria selalu!


Apa khabar kawan2?Lama tak bersua...coz lama tak online...thousand apologies!.Anyway,kali nie saya nak bagi info2 yg PENTING especially bagi mereka yg "on medication" atau mungkin yg punya saudara-mara yg seangkatan.

Baiklah..

1.Ubat kolesterol (statin)
      Menurunkan kolesterol tapi juga melupuskan coenzyme Q10 (antioksidan larut lemak).Ianya penting 
      untuk fungsi otot,mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan kesihatan jantung.
      SOLUSI : simpanan coQ10 dapat ditambah dgn memakan ikan,daging dan bijirin.

2.Ubat kencing manis
      Metformin boleh menurunkan kandungan vitamin B12 dlm badan.
      SOLUSI : memakan daging,telur,susu dan ikan

3.Asid blocker
      Proton pump inhibitor (ubat yg namanya berakhir dgn ...prazole ) membantu mengurangkan
      efek penyakit gastrik.Tapi mengurangkan penyerapan vitamin B12 dan kalsium.
      SOLUSI : daging,susu,telur

4.Ubat pelangsing badan
      Orlistat mengurangkan penyerapan lemak sebanyak 30% tapi vitamin2 larut lemak (A,D,E dan K) hilang
      sekali gus.
      SOLUSI : sayur2an hijau,kuning telur,lobak merah,aprikot dan bijirin.

5.Antibiotik
      Mematikan bakteria tak kira GOOD or BAD!"Friendly" bakteria di usus akan berkurang lalu mengakibatkan cirit-birit.
      SOLUSI : memakan probiotik boleh mengurangkan efek samping antibiotik tersebut malah digunakan
      untuk pencegahan.

Nah!Mungkin anda bertanya..kalau camtu,elok tak payah mkn ubat!No,no,no..don't get me wrong.Kita tetap kena mkn ubat.That 's a MUST!Jadi kalau mkn ubat,camne pulak dgn "side effects"?Kena pula mkn daging,telur dsbnya.Bukankah ini akan menambahkan masalah kesihatan kita?

Now,makanya di sini kami mengesyorkan utk mengambil jalan tengah.Apa itu jalan tengahnya?

Makanan seperti daging,telur,susu dan etc perlu kita konsumsi tapi pada kadar dan porsi yg sesuai dgn kondisi msg2.Jadi bagaimanakah kita dpt mengganti kekurangan zat dan vitamin akibat penggunaan ubat?

Mudah sahaja...pernah dengar istilah "SUPPLEMENTS"?Ya,kita perlu makan suplemen utk membaikpulih ketidakseimbangan akibat daripada penggunaan ubat especially  "long-term medication".

Ok...sampai di sini sahaja celoteh saya kali nie.Sampai bersua kembali.
Hidup sihat,Minda cerdas!


Salam mesra,

Dr Muhammad

Thursday, April 5, 2012

FOOD CHOICES VS CHOICE OF FOOD

Assalamualaikum dan Salam Ceria semua!

Alhamdulillah,baru balik dari Pulau Pinang.Attend course 2 hari satu malam kat hotel di Batu Feringghi.Good course,banyak info.Good view..mana tak tepi pantai !!TAPI yang paling bestnya..the FOOD !

Baiklah,di sinilah yang kita katakan mesti ada "will control".Mana taknya,depan mata makanan panas2 dan lazat.Makanan hotel.5x sehari.Baru makan masih terasa kenyang,dah pun dihidangkan next course.Betul kata orang yang dah senior ( tua ) kerana mulut,badan binasa!

Nah,makanya tips saya kali nie mudah saja.

1. Makanlah buah2an dahulu.Pilihan cukup banyak.Ambil satu dari semua jenis warna.Kata Mat Salleh "colour your food".Actually,Nabi SAW sendiri mengamalkan makan buah dulu sebelum makan.

2. Ambil air buah segar coz kat hotel jgn risau air buah "original" takde main sirap2 buah.

3. Lebihkan protein contohnya ikan especially "baked salmon" (kalau hotel 4-5 bintang mesti ada..mahal tahu) ; kurangkan lemak dan karbohidrat ( starch) coz yg nie akan menambahkan lemak dan berat badan anda.(Juga menyebabkan rasa mengantuk...kes2 asyik memancing sewaktu kursus especially lepas time makan.)

4. Akhirnya, ingat tips yang lepas..Breakfast eat like a King,Lunch eat like a Queen and Dinner eat like a pauper! Ya,memang makan malam adalah yg plg hebat.Biasanya 7-8 course dinner.Tapi INGAT nikmatnya sementara kesannya lama.Itu pun bukannya kita takde peluang lain makan seperti itu..sesekali itu OKlah.Jadi makanlah buah atau salad..SKIP THE REST atau kalau "adventurous" buatlah program lain bersama member2 (asalkan bukan program jalan2 cari makan).


Sampai jumpa..setiap hari kita berdepan dengan pilihan yg baik atau tidak.The choice is YOURS !



Salam mesra,

Dr Muhammad

Wednesday, March 28, 2012

HOW TO PICK YOUR FOOD-THE HEALTHY WAY

Salam ceria selalu!


Semalam adalah kenangan.Esok penuh pengharapan.Hari ini ....hari kita mula bertindak buang yg keruh ambil yg jernih especially dlm "program diet" kita msg2.


Nah!Persoalannya,bagaimanakah kita memilih makanan seharian kita?Tak susah kan?Toleh ke kiri,toleh ke kanan..di mana2 ada tempat menjual makanan termasuklah semua
mini,super,hyper....dan MEGA market!Jadi dengan begitu banyak pilihan yang ada,camne caranya kita nak memilih makanan yang sihat?


Mudah..prinsipnya di luar sana ada 2 kategori makanan,iaitu makanan alamiah (natural) dan makanan diproses (processed food).Bagaimanakah anda dapat mengenal antara 2 jenis makanan ini?Begini...setiap kali nak beli sesuatu,belek2 dulu "packaging " produk tersebut.Lihat bahagian kandungan (contents).Kalau ada 5 bahan atau lebih,misalnya "additive",pewarna dan pengawet...lupakan sahaja produk tersebut.Camne pula "natural food"?Mudah sahaja,contohnya kalau kita pilih epal...Kandungan : epal !Mudahkan..tak perlu pening2.


Tips for the day

Makanan yang mudah "busuk" adalah lebih baik daripada makanan yang tahan lama (ada pengawet).Lagi  tahan lama,lagi banyak pengawet.Lagi banyak pengawet,lagi memudaratkan kesihatan.Ulat dan bakteria pun tahu memilih makanan yang selamat!Pilihan di tangan anda.Kalau ke pasar,pilihlah sayur dan buah2an yg ada ulat !!



Salam mesra,

Dr Muhammad

Monday, March 26, 2012

HOW TO PICK YOUR RIGHT MENTOR

Salam ceria!

Alhamdulillah..baru dapat saya "blog in".Bukan apa sibuk dengan kerja,cuti sekolah dan mcm2 lagi.Anyway,apa yang penting...kita dpt bersua kembali!

Hujung minggu lepas kami sekeluarga ke KL.Bukan jalan2 cari makan TAPI atas urusan yg lebih penting dan lama tertunda.Pergi check mata anak-beranak.Mungkin anda tertanya kenapa pula sampai ke KL?Yang dekat2 takde?Nah,begini..sebenarnya kami dah pun mencuba "khidmat" kedai2 cermin mata yg berdekatan.Namun,serba tak kena.Mudah patahlah,cermin mata kurang sesuai hingga melorot.Malah "power" yg tak seimbang bikin kepala pusing..nyut-nyut!Maka,kami mengambil keputusan balik kepada kedai cermin mata yg selalu kita kunjung sebelum nie.Alhamdulillah...puas hati dan memang seperti yg kami duga amatlah selesa.Takde lagi nyut-nyut!

My friends..what is the moral of the story?Well..kalau kita nak "berguru" jangan asyik bertukar2.Apalagi,jangan sekali2 (2x boleh) membanding2kan antara seorang dgn yg lain.Msg2 ada kelebihan dan kekurangan.Mungkin kita takde rezeki dgn kedai2 cermin mata yg lain TAPI mungkin juga orang lain serasi dengannya.Oleh itu,kawan2 "hold on to" guru anda.Nescaya,selagi hayat dikandung badan,selagi itu ilmuku kuturunkan..(hehehe)



Tips for the day

Breakfast...eat like a King
Lunch .......eat like a Queen
Dinner.......eat like a pauper!

P.S Sekadar mengingat  bagi yang dah tahu coz most of the time sudah tahu tapi makin dibuatnya.(..don't worry saya pun sama! )


Hingga jumpa lagi!



Salam mesra

Dr Muhammad

Monday, March 12, 2012

WAIST CIRCUMFERENCE


Salam ceria!

Apa khabar?Dah makan?Kita kat Malaysia amat beruntung kerana ke mana2 kita berjalan pasti ada tempat singgahan utk makan2.Bahkan skrg bukan hanya klinik 24 JAM tapi cukup banyak restoran 24 JAM !! Pagi makan petang makan mlm makan...tgh mlm makan lagiii !Mat Salleh cakap "favourite pastime is eating".

Anyway,hari nie saya nak berkongsi dgn anda tentang faktor kedua dlm menilai kesihatan bdn kita.Apa dia faktor pertama? BMI lahhh.Okay..dlm "kuliah" kita yg lepas saya ada menyentuh bahawa ada dlm keadaan tertentu BMI tidak memberikan nilai yg sebenar,misalnya utk para atlit yg berOTOT atau para warga emas yg (biasanya) SLIM.Maka, di sinilah peranan ukurlilit pinggang (waist circumference) menentukan status sebenar individu tersebut.

Nah!Bagaimana pula kita mengukur lilit pinggang?Mudah saja..lilitkan pita pengukur sekeliling pinggang (..bukan PINGGUL ya!) dan ambil bacaannya sewaktu baru saja menghembus nafas.Secara umumnya,lebih besar ukurannya,lebih banyaklah LOMAK (...lemak).Maka,lebih banyak lemak,lebih TINGGI lah risiko penyakit seperti penyakit jantung dan kencing manis.Sebagai panduan,bagi PEREMPUAN harus kurang daripada 35 inci dan LELAKI tak lebih daripada 40 inci.

INGAT !! Berat badan (BMI) yg normal tak bererti ok jika sekiranya ukurlilit pinggang (WC) tak normal!



Salam mesra,
Dr Muhammad












Tuesday, March 6, 2012

WHEN IS BMI NOT APPLICABLE

Salam ceria!




Apa khabar?Mudah2an baik2 aje.Bagaimana pula dgn perancangan diet anda?Ok @ KO?Apa2 pun jangan berputus-asa."If anything is to be good,you have to work hard (and smart) for it".


Baiklah...adakah anda sudah dapat jawapan kepada soalan saya yg lepas?


Ok biarlah saya explain...kenapa ukuran BMI tidak begitu tepat bagi para atlit dan warga emas?


Ia sebenarnya berkait dgn jumlah massa otot dlm badan (body muscle mass).Para atlit mempunyai muscle mass yg tinggi sebaliknya warga emas (...kecuali yg berbadan spt Arnold Swazeneggar) mempunyai muscle mass yg rendah.Kandungan muscle mass yang ekstrem ini akan menganggu penilaian BMI yg sebenar.




Alright cukup dgn sesi penerangan....ini ada tips utk kali nie





Tips for the day




Good news!!
Tahukah anda bahawa kebanyakan vitamin,mineral dan antioksidan seperti kalsium,zat besi,zink,folic asid termasuk vitamin A dan E terdapat dlm kuning telur.Bahkan 2/3 daripada protein terdapat dlm kuning telur sedangkan putih telur hanya 1/3 protein dan sedikit vit B serta potassium.....Jadi lebih baik makan sebiji telur daripada hanya putih telurnya!




Nantikan lanjutan kuliah diet in the next posting..




Salam mesra,

Dr Muhammad