Total Pageviews

Monday, March 12, 2012

WAIST CIRCUMFERENCE


Salam ceria!

Apa khabar?Dah makan?Kita kat Malaysia amat beruntung kerana ke mana2 kita berjalan pasti ada tempat singgahan utk makan2.Bahkan skrg bukan hanya klinik 24 JAM tapi cukup banyak restoran 24 JAM !! Pagi makan petang makan mlm makan...tgh mlm makan lagiii !Mat Salleh cakap "favourite pastime is eating".

Anyway,hari nie saya nak berkongsi dgn anda tentang faktor kedua dlm menilai kesihatan bdn kita.Apa dia faktor pertama? BMI lahhh.Okay..dlm "kuliah" kita yg lepas saya ada menyentuh bahawa ada dlm keadaan tertentu BMI tidak memberikan nilai yg sebenar,misalnya utk para atlit yg berOTOT atau para warga emas yg (biasanya) SLIM.Maka, di sinilah peranan ukurlilit pinggang (waist circumference) menentukan status sebenar individu tersebut.

Nah!Bagaimana pula kita mengukur lilit pinggang?Mudah saja..lilitkan pita pengukur sekeliling pinggang (..bukan PINGGUL ya!) dan ambil bacaannya sewaktu baru saja menghembus nafas.Secara umumnya,lebih besar ukurannya,lebih banyaklah LOMAK (...lemak).Maka,lebih banyak lemak,lebih TINGGI lah risiko penyakit seperti penyakit jantung dan kencing manis.Sebagai panduan,bagi PEREMPUAN harus kurang daripada 35 inci dan LELAKI tak lebih daripada 40 inci.

INGAT !! Berat badan (BMI) yg normal tak bererti ok jika sekiranya ukurlilit pinggang (WC) tak normal!



Salam mesra,
Dr Muhammad












No comments:

Post a Comment