Salam ceria selalu!
Semalam adalah kenangan.Esok penuh pengharapan.Hari ini ....hari kita mula bertindak buang yg keruh ambil yg jernih especially dlm "program diet" kita msg2.
Nah!Persoalannya,bagaimanakah kita memilih makanan seharian kita?Tak susah kan?Toleh ke kiri,toleh ke kanan..di mana2 ada tempat menjual makanan termasuklah semua
mini,super,hyper....dan MEGA market!Jadi dengan begitu banyak pilihan yang ada,camne caranya kita nak memilih makanan yang sihat?
Mudah..prinsipnya di luar sana ada 2 kategori makanan,iaitu makanan alamiah (natural) dan makanan diproses (processed food).Bagaimanakah anda dapat mengenal antara 2 jenis makanan ini?Begini...setiap kali nak beli sesuatu,belek2 dulu "packaging " produk tersebut.Lihat bahagian kandungan (contents).Kalau ada 5 bahan atau lebih,misalnya "additive",pewarna dan pengawet...lupakan sahaja produk tersebut.Camne pula "natural food"?Mudah sahaja,contohnya kalau kita pilih epal...Kandungan : epal !Mudahkan..tak perlu pening2.
Tips for the day
Makanan yang mudah "busuk" adalah lebih baik daripada makanan yang tahan lama (ada pengawet).Lagi tahan lama,lagi banyak pengawet.Lagi banyak pengawet,lagi memudaratkan kesihatan.Ulat dan bakteria pun tahu memilih makanan yang selamat!Pilihan di tangan anda.Kalau ke pasar,pilihlah sayur dan buah2an yg ada ulat !!
Salam mesra,
Dr Muhammad
No comments:
Post a Comment